Friday, April 22, 2011

Golongan yang pergi Perpustakaan

Hai semua...

skang ni tengah minggu study week untuk mahasiswa & mahasiswi UTM..dah nama pon study week, study jela...minggu depan dah start final exam..jadual paper exam pon agak rapat, jadi aku kena laaa study dari awal..destinasi biasa untuk study ialah kat perpustakaan laa..kalau kat bilik memang tak pandang buku langsung..haha
jadi melalui pemerhatian aku di Pepustakaan Sultan Zanariah, UTM terdapat beberapa golongan yang pergi ke perpustakaan...

1. Golongan yang study hard, die hard...dorang ni dari start library bukak sampai library tutup terperap aje belajar dalam library..ni yang bagus laaa...cam aku.ceh!

2. Golongan yang nak pinjam buku..perpustakaan memang banyak menyimpan buku2 yang berfaedah..memang boleh dapat banyak sumber di perpustakaan...

3. Golongan yang nak cari wifi laju..biasa laa..kalau kat library dapat akses internet laju..tapi nak guna internet untuk apa??ha,,jawapan itu yang menunjukkan baik @ tak pergi library..

4. Golongan yang nak buat study group..study group tak salah pon kalau kena pada kaedahnya..maksud aku jangan laa berbual sampai ganggu konsenterasi orang lain..please respect others...

5. Golongan yang berdating..aduhai,,tolong laa bawak pasangan anda ke tempat yang lebih romantik kalau nak berdating pon..ni tempat orang nak cari ketenangan belajar gak korang muncul untuk bermanja2..rimas aku tengok...

6. Golongan yang nak makan..haa,,ni memang sangat pelik..ada ke dorang pergi menjamu selera di dalam library sambil study..aku paham laa kalau korang lapar tapi jangan laa makan dalam perpustakaan..boleh jadi lapar tengok korang makan...

aku hanya meluahkan perasaan aku dari pemerhatian yang telah aku lakukan..jadi aku harap jangan ada antara golongan yang terasa..ambil laa iktibar & fahami laa tujuan perpustakaan di bina..

berfikir di luar kotak :
perpustakaan memang tempat yang sesuai untuk belajar berbanding di bilik kerana ketika aku di bilik terdapat banyak halangan kepada aku untuk study seperti laptop, motor & yang paling utama ialah katil..best giler tido dari study..

3 kata-kata:

Miss Bluepinkiey said...[ ]

golongan yg carik wifi laju ----->>>>saya!....hahahhahah

Bobo said...[ ]

@miss bluepinky...haha..kantoi..:p

Abuya Hayat said...[ ]

Assalammualaikum...
Nama baru nampak...
Bro, ader sumthing ntok ko kat sini...
TERIMA KASIH
Sori giler psl lamer giler baru aq wat entri balas...
hahaha...