Sunday, April 3, 2011

pengkritik vs pengkutuk

hai semua...

ok,,aku nak ingat kan korg semua bahawa kritikan & kutukan sangat2 laa berbeza...ada paham?perlu aku tunjukkan contoh gak ke?baik laaa...grrrrr!

contoh yang mudah & selalu terjadi :
pengkritik yang duduk bawah pentas : pitching suara anda lari sikit ye time chorus tadi..anda perlu melakukan banyak latihan untuk memperbaiki picthing anda..
pengutuk yang duduk belakang pengkritik : alaaa..pitching suara mamat tu masuk longkang laaa...

ok2..nampakkan perbezaanya?setiap pengkritik akan memberi komen yang membangun selepas menegur kesalahan orang yang dikritik..tetapi bagi yang suka mengutuk tu..main suka2 aje cakap kesalahan orang..macam laa dia tu perfect sangat...

setiap manusia ada perasaan...semestinya akan kecewa apabila di tegur kesalahan mereka jika menggunakan kaedah yang salah..jadi jauhkan laa dari anda dari mengutuk & banyakkan mengkritik jika tidak puas hati...

berfikir di luar kotak :
mungkin ada aje yang tidak sesuai di mata sesorang yang menyebabkan mereka menegurkan kesalahan orang lain..tidak salah untuk menegur kesalahan orang lain tetapi sila laaa sertakan cara untuk mengatasi suapaya kesalahan itu tidak berulang lagi....

2 kata-kata:

Mish Apple said...[ ]

yaaa!! betol tuw betol!!

Enna Banana said...[ ]

totally berbeza but then pada sesiapa yang hati sensitif mungkin akan terasa, uhu